Dasar Dasar Kerajaan Ke Arah Perpaduan Negara

PENGENALAN

Perpaduan ialah satu  proses yang menyatupadukan anggota masyarakat dan negara keseluruhannya melalui ideologi negara supaya tiap-tiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta satu perasaan kebangsaan bersama di kalangan mereka.


Perpaduan memainkan peranan penting dalam memacu kestabilan & kemajuan negara. Sejak merdeka lagi, kerajaan telah memupuk semangat perpaduan dalam memakmurkan negara kita. Pelbagai dasar telah dijalankan untuk mencapai proses perpaduan ini. Tanpa perpaduan, kemajuan negara yang ingin dicapai untuk Wawasan 2020 tidak mungkin akan menjadi kenyataan kerana kerjasama diperlukan untuk menjana kemajuan.


DASAR-DASAR KERAJAAN DALAM MEMBENTUK PERPADUAN


1) DASAR PENDIDIKAN
2) DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN
3) DASAR EKONOMI BARU
4) DASAR PEMBANGUNAN NASIONAL
5) DASAR WAWASAN NEGARA
6) DASAR SOSIAL NEGARA


DASAR PENDIDIKAN

Dasar pendidikan kerajaan yang mentadbir penting dalam membentuk perpaduan kaum di negara kita. Bermula dengan Laporan Barnes ketika zaman penjajahan British dahulu sehinggalah ke Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang dijalankan kini. Berikut telah saya sediakan kronologi dasar-dasar pendidikan kerajaan sejak dahulu:

1) Pada peringkat permulaan, kerajaan British telah memperkenalkan Laporan Barnes pada 1950 sebelum negara ini ingin mencapai kemerdekaan. Tujuannya ialah supaya Tanah Melayu boleh berkerajaan sendiri dengan perpaduan kaum yang berlaku. Tambahan pula, tentangan kuat komunis pada masa itu menyebabkan British khuatir kaum-kaum di negara ini akan terpengaruh dengan komunis sekali gus menyebabkan huru-hara. Laporan Barnes mencadangkan bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pengantar pada peringkat sekolah rendah serta bahasa Inggeris pada peringkat sekolah menengah & peringkat yang lebih tinggi. Cadangan ini diharapkan dapat merapatkan jurang komunikasi antara kaum serta merapatkan hubungan mereka.

2) Masyarakat Cina menentang cadangan ini kerana dikatakan menggugat bahasa ibunda mereka. Masyarakat Cina mencadangkan Laporan Fenn-Wu supaya sekolah vernakular Cina dikekalkan walaupun mereka bersetuju dengan sistem pendidikan kebangsaan.

3) Ordinan Pelajaran 1952 kemudiannya diperkenalkan dengan mengambil kira kedua-dua laporan di atas. Walau bagaimanapun, ordinan ini tak dapat dijalankan kerana tentangan masyarakat Cina & India, kekurangan kewangan & ancaman komunis.

4) Selepas itu, kerajaan yang dipelopori penduduk Tanah Melayu, Parti Perikatan telah memperkenalkan Penyata Razak 1956 dengan mengemukakan sistem persekolahan yang sama & penyeragaman kurikulum yang bercorak kebangsaan. Penyata ini bertujuan menyuburkan semangat perpaduan kaum.

5) Kemudian, Laporan Rahman Talib diperkenalkan yang menekankan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan & ia menjadi Akta Pelajaran 1961. Jawatankuasa Kabinet telah mengkaji keberkesanan sistem pendidikan serta mempertingkatkan kualitinya dengan pelaksanaan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) & Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM).

6) Jika kita lihat pada sistem pendidikan kini, kerajaan telah melaksanakan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menjadi pelengkap kepada Dasar Pendidikan Kebangsaan. Dasar ini penting dalam memupuk perpaduan kaum & integrasi nasional.
Sebagai intiha, dasar pendidikan yang kerajaan jalankan menitikberatkan dasar dalam membentuk perpaduan. Sebagaimana yang dinyatakan sebelum ini & kajian sejarah yang diperoleh, DASAR PENDIDIKAN MEMBENTUK PERPADUAN KAUM.










DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN

Dasar ini menjadi panduan pembentukan & pengekalan identiti rakyat Malaysia.
Objektif dasar ini dijalankan adalah untuk mengukuhkan perpaduan melalui kebudayaan. Sebagai contoh, kerajaan telah menjalankan perarakan Citrawarna Malaysia pada tahun 2001 yang menyaksikan persembahan pelbagai budaya kaum masing-masing. Selain itu, tujuannya juga ialah memelihara keperibadian kebangsaan & meningkatkan kualiti kehidupan rakyat Malaysia.


DASAR EKONOMI BARU
        
           Dasar ini diperkenalkan pada tahun 1970 dan mempunyai matlamat yang serampang dua mata iaitu:

Pembasmian Kemiskinan Tanpa Mengira Kaum 
          Melalui dasar ini kerajaan bertindak untuk merapatkan jurang kekayaan antara golongan kaya dan goongan miskin tanpa mengira kaum ketidakseimbangan kekayaan terutamanya antara kaum antara kaum akan hanya mencetuskan suasana yang tidak harmoni akibat rasa tidak puas hati antara satu sama lain.Justeru untuk menjayakan Dasar Ekonomi Baru ini kerajaan telah memberikan banyak tumpuan kepada golongan seperti pekebun-pekebun kecil,penghuni estet,petani,nelayan dan pesawah.

Penyusunan Semula Masyarakat
          Dalam Dasar Ekonomi Baru (DEB) kerajaan juga memberi tumpuan untuk menyatupadukan semula masyarakat yang telah berpecah belah akibat ketidakseimbangan perolehan dan pengagihan kekayaan negara.Dalam dasar ini kerajaan menetapkan sasaran untuk pemilikan ekuiti dalam perusahaan dan perniagaan iaitu 70 peratus ekuiti rakyat termasuk 30 peratus ekuiti bagi kaum Bumiputera pada tahun 1990.Selaras dengan usaha untuk menjayakan DEB kerajaan telah mengambil langkah-langkah berikut untuk memastikan keberkesanan pelaksanaan DEB:
  • Meningkatkan pendapatan dan taraf hidup golongan kurang berupaya.
  • Menyusun semula corak guna tenaga dalam sektor ekonomi tertentu.
  • Menyusun semula pemilikan ekuiti
Untuk memastikan DEB yang berjaya mencapai matlamatnya kerajaan turut mengembleng tenega
jabatan kerajaan yang terlibat untuk menggerakkan instrumen DEB.Antara perbadanan yang mengambil bahagian untuk membantu kerajaan meningkatkan taraf ekonomi bumiputera iaitu:
  1. Permodalan Nasional Berhad (PNB) https://ms.wikipedia.org/wiki/Permodalan_Nasional_Berhad
  2. Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS) https://ms.wikipedia.org/wiki/Perbadanan_Nasional
  3. Perbadanan-perbadanan Ekonomi Negeri (PKEN)
  4. Bank Negara https://ms.wikipedia.org/wiki/Bank_Negara_Malaysia
  5. Bank Pembangunan Nasional Berhad https://ms.wikipedia.org/wiki/Bank_Pembangunan_Malaysia
  6. Skim Amanah Saham Bumiputera 
  7. Majlis Amanah Rakyat (MARA)https://ms.wikipedia.org/wiki/Majlis_Amanah_Rakyat
  8. Pusat Daya Pengeluaran Negara (PDPN) https://ms.wikipedia.org/wiki/Pusat_Daya_Pengeluaran_Negara
Pencapaian DEB setelah tahun 1990.Setelah Tahun 1990 tahun yang dijangkakan untuk mencapai matlamat DEB tiba,DEB masih belum lagi berjaya mencapai matlamatnya sepenuh seperti pemiliikan ekuiti.Bumiputera sebanyak 30 peratus dalam aktiviti ekonomi.Namun begitu banyak juga kejayaan yang telah dicapai seperti purata pendapatan isi rumah yang bertambah,pengurangan kadar kemiskinan telah dapat dikurangkan dan pengenalan kaum berdasarkan ekonomi telah berkurangan.


DASAR PEMBANGUNAN NASIONAL
      
         Dasar Pembangunan Nasional (DPN) diumumkan oleh Datuk Seri Dr.Mathahir Mohammad pada 17 Jun 1991 di Palimen.DPN dilaksanakan bagi menggantikan Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan ia terkandung dalam Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP2) bagi tempoh tahun 1991-2000.Melalui dasar ini ia masih lagi mengekalkan tujuan asas DEB dan mematlamatkan untuk mencapai pembangunan yang seimbang bagi mewujudkan masyarakat yang bersatu padu dan adil.Matlamat akhir dasar ini ialah untuk membentuk perpaduan kaum


DASAR WAWASAN NEGARA

           Gabungan teras kritikal dasar pembangunan yang lepas , iaitu DEB dan DPN dengan tujuan mewujudan Bangsa Malaysia yang bersatu padu , progresif dan makmur yang dapat hidup dalam suasana harmoni dan ikatan perkongsian yang saksama.

Pembasmian kemiskinan penyusunan semula masyarakat dan pembangunan yang seimbang masih menjadi strategi utama.

Teras kritikal :
          (i)     membina bangsa yang berdaya tahan dengan memupuk perpaduan, menyemarakkan semangat patriotik, membentuk kematangan politik, membina masyarakat supaya lebih bertolak ansur dan penyayang yang tersemat dengan nilai positif serta meningkatkan kualiti hidup dan keutuhan ekonomi
          (ii)     menggalakkan pewujudan masyarakat yang saksama melalui pembasmian kemiskinan dan pengurangan ketidakseimbangan di kalangan dan di dalam kumpulan etnik serta wilayah.






DASAR SOSIAL NEGARA

            Satu dasar pembangunan soalan yang berteraskan nilai-nilai murni dan peningkatan keupayaan insan bagi mencapai kesepaduan dan kestabilan sosial, ketahanan nasional dan kesejahteraan  hidup masyarakat Malaysia yang maju.

Objektif menjamin setiap individu, keluarga, komuniti tanpa mengira kumpulan etnik, agama, budaya, gender dan fahaman politik serta wilayah dapat menyertai dan memberi sumbangan kepada arus pembangunan negara serta menikmati kesejahteraan hidup secara berterusan.

Strategi pelaksanaan:
    (i)     memastikan keperluan asas individu, keluarga dan masyarakat dipenuhi.
    (ii)    membangun dan memperkasakan insan sepanjang hayat. 


                                       


KESIMPILAN
         Pelaksanaan dasar adalah untuk menjadikan sebuah negara yang bersatupadu dan aman.
         Dasar-dasar kerajaan diwujudkan selaras dengan nilai-nilai soseoekonomi dan politik negara pada satu-satu masa
         Jadi kenapa dasar-dasar kerajaan ini berubah-ubah? Oleh sebab sifatnya yang dinamik, maka dasar-dasar kerajaan ini berubah-ubah mengikut nilai-nilai masyarakat dan pucuk pemimpin.
         Pengalaman sejarah telah membuktikan bahawa ketidakseimbangan ekonomi dan jarak sosial antara kaum telah menimbulkan pelbagai masalah dalam usaha memupuk perpaduan.
         Justeru itu tanpa mengira apa jenis dasar sekalipun, matlamat perlaksanaannya adalah bagi menjamin pengukuhan kehidupan rakyat demi kemajuan negara pada masa hadapan.
         



NAMA AHLI KUMPULAN  [TAJUK 10-MPU21032] :
  
     > NURUL WARDAH BINTI WAHAB (14DAT20F1801)
     > NURUL AYUNI ASYIKIN BINTI JAMIL (14DAT20F1051)
     > NUR FATIHAH BINTI WAHID (14DAT20F1057)


NAMA PENSYARAH:

     > ENCIK MOHD FAIZAL BIN MAT PESA 

Comments

  1. Wahh menarik isi mudah pham ringkas padat teratur gud job 👍

    ReplyDelete